Friday, December 31, 2010

Aldina Balqis - 7th






31st December 2010 - Orientasi SK Bandar Sri Damansara, KL









Sedar x sedar besar dh anakanda ku Aldina Balqis....




Hari ni orientasi sklh Balqis... Starts from 8 a.m. sampai 12.00 pm... Mule2 sampai tu terus dia kena beratur ikut kelas... Anak kena masuk kelas 1 Rajin... Muke dh cuak gilos dh mase tu... Ade gak budak yg nangih takut... Budak laki lak tu... heheheh...







Memule kena nyanyi lagu "Negaraku"... Cian tul... Muzik tu nyanyi sensorg... sume murid2 takut gilos.. sampai nak nyanyi Negaraku pun x berani bukak mulut...




Pas tu turn Guru Besar lak bagi ucapan... Guru Besar siap tanye soalan pas tu bagi present lagi.. tp masing2 blur2 ayam lagi... x berani nk angkat tgn including Balqis yg kebiasaannye "leader" but then penakutsss lak during orientation tadi.. heheheh... sanggup x dpt hadiah tu dr nk angkat tgn jawab soalan... :)


Then, semua murid kena beratur & masuk kelas masing2 sebab ade Ujian Diagnostik... Parents lak ade taklimat pasal KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)... Balqis antara perintis untuk syllabus baru ni... X tau le camane... lgpun x paham sgt camane diorg nk buat utk skim baru ni...


lepas tu kena gi buat bayaran... macam2 le... nasib baik buku teks dapat pinjaman... :)


Walaubagaimanapun.... nampak cam Balqis enjoy nk masuk Darjah 1... Siap dah berkenalan dah tadi ngan kawan sekelas... ;)


Good luck 2 u anak umi..... all the best....











Saturday, September 12, 2009

Warkah Cinta Berbau Syurga - A. Ubaidillah Alias


Sinopsis :
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini.
Komen :
Novel ini berkisarkan tentang kehidupan seorang hafiz bernama Amir di dalam menangani masalah berkaitan hubungan antara lelaki dan perempuan. Wardah, pelajar sekolah agama perempuan menaruh hati pada Amir bermula dari membaca tulisan-tulisan Amir yang disiarkan di dalam majalah sekolah.
Wardah & Amir sering berutus surat tetapi bagi Amir selagi dia bergelar pelajar, dia tak nak ada apa2 hubungan perasaan dengan sesiapa.
Banyak juga pelajaran dan pengajaran yang kita boleh dapat menerusi novel ini. Dan cara penulisan pun tidak terlalu berat.
Overall, novel ini boleh diulangbaca kerana cara penyampaian dan kisah yang disampaikan sangat menarik.
Star rating : * * * *

Manikam Kalbu - Faisal Tehrani

Ringkasan novel :

Mengisahkan Manikam Kalbu, anak seorang hamba istana di zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah yang begitu meminati bidang pembuatan buasana. Dia ditaja oleh kerajaan Melayu Melaka untuk mendalami ilmu busana setelah memenangi pertandingan mencipta pakaian. Bermula dari situlah dia mengembara ke negeri-negeri yang terkenal oleh kehalusan dan seni rekaan busana di alam Melayu, untuk mendalami ilmu dalam bidang berkenaan. Pengembaraannya itu ditemani seekor kucing Madura yang kuat makan dan suka tidur.
Sementara pada zaman sekarang, remaja yang bernama Ziryab, cucu seorang bekas jurubusana istana berusaha mentajdidkan busana-busana Melayu dengan menghasilkan rekaan-rekaan busana yang menepati prinsip-prinsip dan falsafah yang dijunjung oleh neneknya dahulu.
Watak Manikam Kalbu pada zaman kini ialah kucing yang menjadi penghubung kedua-dua cerita. Nenek Ziryab yang menghidap alzeimer melihat kucing Madura itu sebagai Manikam Kalbu, jurubusana istana pada zaman silam.

Komen :

Faisal Tehrani terkenal dengan karya yang menitikberatkan kesusasteraan yang tinggi. Walaupun ayat-ayat yang digunakan dalam novel ni agak berat... tapi jalan cerita mmg menarik & byk perkara yang kita boleh belajar dari novel ni...

Overall, novel ni besttt....

Star rating : * * * *