
Sinopsis :
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini.
Komen :
Novel ini berkisarkan tentang kehidupan seorang hafiz bernama Amir di dalam menangani masalah berkaitan hubungan antara lelaki dan perempuan. Wardah, pelajar sekolah agama perempuan menaruh hati pada Amir bermula dari membaca tulisan-tulisan Amir yang disiarkan di dalam majalah sekolah.
Wardah & Amir sering berutus surat tetapi bagi Amir selagi dia bergelar pelajar, dia tak nak ada apa2 hubungan perasaan dengan sesiapa.
Banyak juga pelajaran dan pengajaran yang kita boleh dapat menerusi novel ini. Dan cara penulisan pun tidak terlalu berat.
Overall, novel ini boleh diulangbaca kerana cara penyampaian dan kisah yang disampaikan sangat menarik.
Star rating : * * * *